08 Ogos 2014, Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Perlis telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Aidil Fitri 1435H bersama Orang DiParol, Pesalah PKW dan Penghuni Rumah Perantaraan Negeri Perlis serta Keluarga. Program ini juga dihadiri oleh Agensi-Agensi Kerajaan dan NGO yang mempunyai jalinan hubungan dengan Parol Negeri Perlis seperti Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain. Program ini dijalankan bagi tujuan untuk membantu ODP, PKW dan Penghuni RP untuk mendekati dan menyesuaikan diri dalam masyarakat supaya mereka rasa dihargai dan tidak dipinggirkan disamping untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan agensi-agensi yang lain.
""